suria

Penonton sentiasa nak dengar nyanyian yang sedap - Siti Nordiana

MESKIPUN sudah 20 tahun bergelar penyanyi, Siti Nordiana mengakui masih berasa gementar atau nervous ketika membuat persembahan di atas pentas.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, sebagai manusia dia juga ada kalanya sukar memberikan yang terbaik mengikut kehendak penonton lebih-lebih lagi ketika berhadapan masalah kesihatan.

"Saya rasa semua penyanyi akan menghadapi perasaan gementar itu kerana semasa menyanyi kita tak tahu apa yang akan berlaku, kadang-kadang disebabkan terlalu takut sampai kita lupa lirik.

"Kalau show santai yang dekat dengan peminat tak rasa sangat gementar itu, tapi kalau persembahan televisyen dan pertandingan semestinya perasaan gugup itu ada.

"Apabila sudah mencecah 20 tahun jadi penyanyi ini lebih pening sebab orang ingat kita dah cukup hebat. Tapi saya tak salahkan penonton kerana memang mereka nak dengar nyanyian yang sedap," katanya kepada mStar Online.

Siti Nordiana dan Khai Bahar.

Sementara itu, penyanyi lagu Hatiku Milikmu ini berkata masalah kesihatan bukanlah alasan untuk tidak membuat persembahan terbaik.

"Sebagai manusia ada masa kita tak sihat. Contohnya, saya baru balik Jepun baru-baru ini, cuaca di sana sangat sejuk, balik Malaysia mulalah tekak rasa sakit.

"Walaupun sakit, saya tetap kena teruskan nyanyian sebab ini memang kerjaya kita dan perlu ambil risiko. Hal begini kita memang tak boleh nak elak," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR ONLINE.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi