ADAT menjadi selebriti, setiap tindak-tanduk mahupun cara pemakaian sudah tentu menjadi perhatian ramai.
Pelakon Kamal Adli turut tidak terlepas daripada terkena kecaman gara-gara mengenakan seluar jeans koyak pada majlis pelancaran koleksi raya rakannya, Fattah Amin minggu lalu.
Bagaimanapun, Kamal Adli tidak mudah melatah sewaktu ditegur netizen sebaliknya punya alasan tersendiri berhubung cara pemakaiannya itu.