suria

“Saya kesal tak pernah luang masa dan beraya dengan ayah walau sekali” - Adira

PENYANYI Adira Suhaimi meluahkan rasa terkilan apabila tidak berpeluang meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Allahyarham bapa Suhami Rajiman seumur hidupnya.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 28, memberitahu ibu bapanya yang berpisah sewaktu dia masih dalam kandungan membuatkan dia tidak begitu akrab dan jarang bertemu bapanya itu.

"Walaupun saya tak pernah rapat dengan arwah ayah, tetapi apabila dia pergi menghadap ilahi, sudah tentu saya sedih.

"Saya terkilan sebab banyak benda yang saya belum sempat untuk buat... saya juga tak pernah beraya dengan ayah.

"Kepada yang masih punya bapa, walaupun tak duduk sekali, cubalah cari dan luangkan masa bersama mereka," katanya kepada mStar.

Adira ditemui ketika majlis Pelancaran Koleksi Raya Hermanas x Adira di Work @ Nest, The Curve, Damansara pada Selasa.

Selain itu Adira memberitahu, arwah juga pernah berhasrat untuk bertemu anak-anaknya namun tidak sempat.

"Arwah ada beritahu nak jumpa cucu dia juga tak sempat.

"Saya berharap sangat dia dapat jumpa semua cucu-cucu dia tapi tiada rezeki.

"Saya cuma boleh doakan dia tenang di sana," ujarnya.




Adira Suhaimi, ayah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi