PENGARAH terkenal Michael Ang berkata dia terharu apabila keluarganya begitu terbuka dan menyokong keputusannya untuk memeluk Islam.
Malah Michael terharu apabila pada sambutan Aidilfitri tahun lalu, dia diraikan sebagai seorang Muslim oleh anggota keluarganya sendiri.
“Saya mendapat penggilan daripada ibu sebaik sahaja pulang daripada solat Aidilfitri, dia minta saya pulang ke rumahnya untuk makan tengah hari.
"Tapi tak sangka pula apabila seluruh keluarga mengenakan baju melayu dan baju kurung demi meraikan Aidilfitri untuk saya,” kata Michael kepada mStar.