BERMULA sebagai minat, penyanyi Fauziah Latiff kini menjadikan aktiviti zumba sebagai salah satu bidang perniagaan.
Menurut Fauziah, 49, dia sudah mempunyai sebuah studio untuk melakukan aktiviti berkenaan.
"Buat masa ini saya sekadar menjadi tenaga pengajar zumba secara suka-suka bersama teman rapat. Tapi kalau nak buka kelas, lebih baik jemput tenaga pengajar profesional.
“Ada yang kata ini merupakan rahsia saya kelihatan kekal muda, namun sebenarnya anda perlu lakukan aktiviti sihat sekerap mungkin,” kata Fauziah kepada mStar.