suria

Jodoh tak sampai setahun... Talak satu hadiah ‘birthday’ A. Aida

PRODUSER Datuk A. Aida semasa diijabkabulkan dengan Ariff Aziz pada 21 Julai 2018 berhajat mengadakan resepsi perkahwinan pada tarikh hari lahirnya yang ke 48 tahun, jatuh pada 20 April lalu.

Namun sayang sekali, April yang diharapkan membawa bahagia rupa-rupanya mengundang duka apabila mereka memilih untuk berpisah yang dilafazkan pada 25 April iaitu lima hari selepas menginjak setahun lagi usianya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida, Ariff cerai talak satu - “Saya gembira dengan perceraian ini”

Apakan daya... Jodoh, ajal dan maut hanya Allah sahaja yang tahu.

Walaupun sedih kerana terpaksa memikul gelaran janda buat kali keempat, namun jujurnya kata A. Aida dia amat gembira kerana hajanya untuk bercerai dimakbulkan Allah.

Adakah selama perkahwinan itu hidupnya terseksa? Hanya dia yang lebih mengetahuinya.

A. Aida, Ariff Aziz


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi