suria

Derita bayi kepala besar, Nur Umairah perlukan bantuan

NASIBNYA tidak seperti bayi lain.

Pada usia lapan bulan, Nur Umairah Jannah Abdul Muhaimin hanya mampu bermain sambil begelak ketawa dalam keadaan baring.

Keadaan kepalanya yang membengkak saban hari membataskan pergerakan.

Nur Umairah menghidap penyakit lebihan cecair dalam otak atau hydrocephalus.

Dilahirkan pada Oktober tahun lalu, Nur Umairah berada di bawah jagaan ibu saudaranya, Nurul Shafikah Zainuddin, 19, yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.

"Kami telah berunding dengan sekurang-kurangnya tiga pakar, dan mereka memberitahu kami bahawa tiada apa yang dapat dilakukan kerana ia berisiko tinggi.

"Tetapi kita masih perlu pergi ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.

"Beberapa hari yang lalu, seseorang mencadangkan kami membawanya bertemu pakar di Hospital Kuala Lumpur," kata Nurul Shafikah di rumahnya di Taman Kledang, Sungai Siput, Perak di sini pada Jumaat.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi