suria

Tiga bulan berlalu, ‘Makcik Puaka’ belum muncul mohon maaf pada Fizz Fairuz

PELAKON Datuk FIZZ Fairuz menjelaskan dia hanya menunggu masa untuk mengheret individu di sebalik akaun Makcik Puaka yang pernah menimbulkan kekecohan apabila membuat kenyataan palsu mendakwa dia ditangkap khalwat di sebuah pulau peranginanApril lalu

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 39, bagaimanapun berkata, masih ada peluang untuk individu terbabit membuat permohonan maaf jika bertemu dengannya menyelesaikan isu itu secepat mungkin.

“Sudah tiga berlalu sejak fitnah itu terjadi, namun ia tidak bermakna saya sudah berdiam diri. Saya dan peguam masih meneruskan kes ini dan kami kini sudah mempunyai bukti yang kukuh untuk mengeheretnya (Makcik Puaka) ke muka pengadilan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sudah bertolak ansur tapi dia cabar amaran saya! ”- Fizz Fairuz buat laporan polis terhadap 'Makcik Puaka'

“Marah tu mestilah marah, namun saya masih mempunyai sifat keperimanusiaan. Siapa awak (Makcik Puaka), tinggal di mana dan sebagainya semua saya dah tahu, jadi datang la berjumpa secara bertentangan mata sebelum pihak polis mengambil tindakan,” kata Fizz kepada mStar.

April lalu, sebuah laman Instagram mendakwa seorang individu bergelar Datuk Seri ditangkap khalwat di sebuah pulau peranginan terkenal dan mendakwa individu terbabit sebagai Fizz Fairuz.

Pemilik akaun Instagram terbabit bagaimanapun telah membuat permohonan maaf secara terbuka di laman tersebut namun laporan polis terhadap dakwaan liar tersebut masih dibuat selepas gagal bertemu Fizz secara bertentangan mata.

fizz fairuz, makcik puaka


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi