PENYANYI Nabila Razali mengakui kesilapannya mengenakan pakaian yang dianggap kurang sopan hingga menampakkan bentuk badan.
Bagaimanapun menurut Nabila, 27, dia hairan mengapa netizen terlalu mencari kesilapannya hingga sanggup menilai secara teliti setiap gambar yang dikongsi di media sosial.
“Saya akui salah apabila mengenakan pakaian sebegitu, namun tidak sangka pula netizen bertindak 'scan' perkara sekecil itu” kata Nabila kepada mStar.
Namun kata Nabila dia menerima semua teguran netizen dengan hati yang terbuka.