suria

Peserta Korea Selatan beri saingan, Kucaimars 'tagih' sokongan peminat tempatan

PENYANYI muda yang juga peserta program realiti Big Stage musim kedua, Kucaimars berkata penyertaannya dalam program tersebut bakal mendapat saingan hebat daripada salah seorang peserta yang berasal dari Korea Selatan.

Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi Nani, 22, berkata, penyertaan Han-Byul atau nama sebenarnya Jang Han-Byul, 29, akan menguji kekuatan sokongan peminat penyanyi tempatan serta luar negara yang turut menyertai program yang mengangkat bakat golongan 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) itu.

“Semua peserta memberi cabaran tersendiri dalam program realiti Big Stage musim kedua ini, namun setakat ini saya sedikit risau terhadap kelebihan yang dimiliki Han-Byul iaitu peserta dari Korea Selatan.

“Bukan setakat kualiti vokalnya, peserta dari Malaysia mungkin tercabar dengan kelompok peminat artis K-Pop yang kita sudah maklum mempunyai pengaruh yang ramai di negara ini,” kata Kucaimars kepada mStar.

Big Stage musim kedua bakal memecah tradisi apabila disertai peserta luar negara iaitu Korea Selatan, Indonseia, Brunei dan Thailand.

kucaimars, big stage


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi