suria

“Dia offer saya duit, I said no!” - Melissa Th'ng perjelas status hubungan mesra dengan Jaa Suzuran

GELARAN 'awek Cina' yang digunakan sebuah blog mengundang kemarahan penyampai radio dan model, Melissa Th'ng kerana menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak sopan.

Menurut bekas peserta program pencarian model terkenal Asia's Next Top Model musim pertama itu, dia berkecil hati apabila blog berkenaan menggunakan kaum sebagai modal untuk menarik perhatian pembaca.

Laporan tersebut dibuat berhubung gambar intim bersama bekas penyampai radio Jaa Suzuran.

“Siapa tak sakit hati apabila digelar 'awek Cina? Saya ada nama. Mereka boleh ambil gambar saya di Instagram namun tak boleh pula letak nama sebenar saya," katanya kepada mStar.

Berhubung status hubungannya dengan Jaa, Melissa berkata setakat ini dia senang berkawan dengan selebriti dari Kelantan itu.

“Saya faham ramai yang teruja apabila kami sama-sama muat naik gambar bersama, namun apa yang saya boleh katakan setakat ini ialah kami berkawan baik. Jaa memang seorang lelaki yang baik hati dan saya nampak keikhlasan di dalam dirinya,” katanya.

melissa th'ng, jaa suzuran


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi