PELAKON Shukri Yahaya berkata kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini menyebabkan dia lebih berhati-hati dalam memilih kawan.
Shukri, 31, berkata dia kini lebih senang bergaul dengan rakan-rakan yang sudah lama dikenali berbanding mengenali individu baru.
“Sebenarnya kontroversi yang melanda semuanya datang daripada kehidupan sosial. Sebab itu kini saya memilih kehidupan sosial yang lebih sihat dan berkawan dengan komuniti kecil.
“Keluarga dan minat saya menjadi keutamaan ketika ini,” kata Shukri kepada mStar.