suria

Azzam Sham terlewat sertai BBNU kerana fokus pelajaran

PENYANYI Azzam Sham mengakui sedikit terlewat menyertai gelombang 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) sehingga menyebabkan namanya kurang dikenali berbanding rakan-rakan lain.

Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 22, bagaimanapun berasa puas apabila fokusnya terhadap pengajian dalam peringkat diploma selama ini memberikannya gelaran anugerah dekan selama lima semester berturut-turut.

“Saya akui agak tertinggal berbanding BBNU lain seperti Haqiem Rusli dan Afieq Shazwan yang juga bekas peserta program Idola Kecil seperti saya satu ketika dahulu kerana memberi fokus terhadap bidang pengajian.

“Namun kini saya sudah dapat menyanyi sepenuh masa selepas tamat pengajian, lebih manis ialah usaha saya selama ini berjaya mendapat gelaran pelajar terbaik dan anugerah dekan untuk lima semester berturut-berturut,” kata Azam kepada mStar.

Azzam kini mempertaruhkan single ketiganya berjudul Biar Saja yang dicipta oleh Rudy Kasmaran dan Sang Hitam.

Azzam menduduki tempat kedua pada program Idola Kecil 2 pada sekitar tahun 2010.

azzam sham


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi