suria

Kucaimars terima mesej digoda peminat wanita, “Ia dalam bentuk yang saya sendiri tidak pernah bayangkan”

PENYANYI baharu Kucaimars menafikan dia dan selebriti media sosial, Dalia Farhana mempunyai hubungan istimewa selepas membuat video pengakuan masing-masing pernah saling meminati.

Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi Nani, 22, juga menjelaskan mereka sekadar rakan karib yang sering menghasilkan lagu cover bersama-sama.

“Saya akui kami memang rapat, namun setakat ini hubungan kami sekadar rakan karib yang menghasilkan cover lagu artis lain bersama-sama.

Kucaimars nafi punya hubungan istimewa dengan Dalia Farhana.

“Namun saya enggan mengulas mengenai satu video di mana kami diaju soalan tentang perasaan terhadap satu sama lain,” kata Kucaimars kepada mStar.

Penyanyi yang dikenali dengan lagu Jawab ini ditemui di sebuah majlis hiburan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Kucaimars tidak menafikan turut menerima mesej daripada wanita yang ingin mengenali dengannya dengan lebih rapat.

Kucaimars dedah terima mesej nakal daripada peminat.

“Tipulah kalau tiada mesej daripada peminat yang cuba menggoda saya, malah ada kalanya ia dihantar dalam bentuk yang saya sendiri tidak pernah bayangkan.

“Cukuplah sekadar saya katakan ia jenis 'godaan yang mendalam', namun saya ambil pendekatan untuk tidak melayan permintaan mereka,” ujarnya.

kucaimars, dalia farhana


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi