suria

Santesh peserta paling 'tua' dalam Big Stage, akui masih BBNU

PENYANYI berbangsa India yang mendapat tempat di hati peminat Melayu, Santesh menjelaskan di tidak mempunyai apa-apa kelebihan apabila terpilih menyertai program realiti Big Stage memandangkan usianya yang sedikit berumur berbanding 11 lagi peserta.

Santesh atau nama sebenarnya Shantesh Kumar, 31, berkata walaupun dia merupakan satu-satunya peserta yang berusia lebih 30 tahun namun bakatnya masih relevan dengan tema program realiti yang mengangkat tema 'Budak Baru Nak Up' itu.

“Saya tak rasa umur yang sedikit berbeza berbanding peserta lain menjadi isu malah saya sendiri merasakan diri ini masih lagi muda dan masih belajar ilmu baru setiap hari.

“Malah saya tak rasa ada kelebihan memandangkan sudah lama berada dalam industri nyanyian tempatan. Mungkin lagu-lagu saya sebelum ini mendapat sambutan ramai namun kita tak dapat jangka bagaimana pula sambutan apabila saya berada di atas pentas pertandingan,” kata Santesh kepada mStar.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Amalina ini bakal bersaing dengan 11 lagi peserta Big Stage yang bakal membuka gelanggang pada 18 Ogos ini.

santesh, big stage


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi