suria

“Jika urusan dipermudahkan saya akan beritahu” - Farah Nabilah tidak akan sembunyikan perkahwinan

PELAKON Farah Nabilah menjelaskan dia juga terkejut apabila mengetahui khabar angin mengenai perkahwinannya yang dikhabarkan bakal dilangsungkan Oktober ini.

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, berkata, dia akan memberitahu kepada umum jika sampai masanya dan urusan berkaitan mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

“Saya harap semua bersabar jika benda itu jadi, urusan dipermudahkan dan jodoh saya dah sampai saya akan beritahu semua.

Farah Nabilah terkejut dikatakan sudah mula edar kad jemputan perkahwinan.

“Jangan risau, saya sendiri rasa tidak adil kepada peminat dan pihak media kalau berkahwin secara senyap. Saya akan umumkan bila tarikhnya tiba kelak,” kata Farah kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon drama Titian Cinta ini menafikan khabar angin majlis perkahwinan itu berlangsung pada bulan hadapan dan sudah pun mengedarkan kad jemputan.

Katanya, dia akan berada di luar negara untuk penggambaran drama sepanjang bulan Oktober.

Farah dan Fikry Ibrahim kembali bergabung dalam drama Kau Yang Pertama.

“Memang tak betul, saya pun berasa pelik apabila dikatakan sudah mula mengedarkan kad jemputan perkahwinan, mungkin ada individu yang namanya sama dengan saya yang bakal berkahwin.

“Malah saya akan berada di luar negara pada bulan Oktober ini dimana dikatakan perkahwinan saya akan berlangsung,” ujarnya.

farah nabilah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi