KEMESRAAN antara lelaki tanpa membabitkan hubungan seksual atau 'bromance' yang ditonjolkan menerusi filem Sangkar lakonan Zul Ariffin dan Remy Ishak dilihat berjaya mewujudkan elemen humor yang menarik.
Malah bagi Zul sendiri, sebagai pelakon dia menyedari elemen seperti itu bakal menjadi tarikan penonton.
“Kami hanya buat kerja (sebagai pelakon)... sementara nak buat babak itu pun kami juga tergelak sesama sendiri.
“Tapi bila orang tengok, mereka suka... mereka enjoy filem ini, itu yang paling penting,” ujurnya kepada mStar.
Tambah Zul, fomula 'bromance' diambil daripada pengalaman berlakon bersama Farid Kamil menerusi filem Tombiruo dan J Revolusi.
Filem Sangkar akan berada di pawagam bermula 29 Ogos ini.