suria

Diana Danielle disuruh balik rumah, doktor tak tahu urus pesakit alami anxiety

SELEPAS beberapa hari Datin Diana Danielle berkongsi masalah kebimbangan melampau (anxiety) yang dialaminya di media sosial, aktres itu kini mengakui semakin pulih.

Jelas isteri kepada pelakon Datuk Farid Kamil ini, amalan gaya hidup yang kurang sihat menjadi punca kepada masalah berkenaan.

“Orang mungkin tak nampak tapi sebenarnya saya masih alami semput dan sukar bernafas, namun ia semakin baik sejak beberapa hari lalu.

“Saya rasa ini semua berpunca daripada diri sendiri... tak cukup tidur, tidak memakan makanan berkhasiat dan gemar meminum kopi dalam kuantiti yang banyak,” kata Diana kepada mStar.

Diana ditemui pada sidang media program berkonsepkan realiti stagecom All Stars Buka Panggung yang bakal bermula 6 September ini.

Sebelum ini Diana berkongsi detik mencemaskan apabila berhadapan anxiety attack yang lebih dikenali sebagai gangguan kebimbangan atau keresahan di Instagram.

Perkongsian itu mengundang resah para pengikutnya apabila ramai yang berkongsi pengalaman dan nasihat bagi menangani masalah yang sama.

diana danielle, axienty, farid kamil


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi