suria

Irfan Haris terima padah asap rokok, sebulan sengsara bronkitis

MASALAH kesihatan yang dialami penyanyi Irfan Haris dikhuatiri menjejaskan persembahannya dalam konsert minggu ketiga program Big Stage 2019.

Selepas disahkan diserang bronkitis susulan mengalami gejala batuk berpanjangan dan sesak nafas, Irfan berkata dia perlu mencari alternatif lain bagi menangani masalah itu.

"Sepatutnya selepas menerima rawatan sejak beberapa minggu lalu, kesihatan saya boleh kembali normal. Tapi doktor pun pelik, mungkin ada yang tak kena kerana situasinya masih sama... sebab tu saya kena warded.

"Minggu ni saya kena cari jalan untuk kembali pulih, cabaran lagu kali ni lebih susah," katanya kepada mStar.

Tambah Irfan, 18, faktor cuaca serta pencemaran udara termasuk asap rokok mungkin menjadi punca dia diserang bronkitis.

irfan haris, big stage


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi