suria

Ruhainies lega teman lelaki tahan godaan wanita miang... “Kami tak pernah gaduh, saya percaya dia”

PELAKON Ruhainies berkata dia sudah lali berhadapan dengan wanita miang yang sering mendekati dan menggoda teman lelakinya di media sosial.

Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, dia dan teman lelakinya juga tidak pernah berbalah mengenai perkara itu kerana saling percaya antara satu sama lain.

“Saya rasa cubaan menggoda buah hati saya tu merupakan perkara biasa, tambahan kami belum lagi mendirikan rumah tangga. Orang yang dah kahwin pun diganggu, apatah lagi kami yang belum mengikat sebarang ikatan yang sah ini.

“Ada orang kata teman lelaki saya digoda wanita lain kerana saya sendiri tidak mendedahkan wajahnya, namun bagi saya dia mungkin akan lebih digoda jika saya dedahkan identitinya kepada khalayak,” kata Ruhainies kepada mStar.

ruhainies


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi