suria

“Saya ingin jalani kehidupan peribadi seketika” - Aiman Tino cuba dapatkan kembali kepercayaan peminat

KONTROVERSI video panas yang menimpa penyanyi Aiman Tino beberapa bulan lalu benar-benar memberi kesan terhadap semangat dan kerjaya seninya.

Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman bin Yusri, 21, berkata, ekoran itu juga dia mengakui memerlukan lebih masa untuk menjalani kehidupan peribadinya buat masa ini.

“Saya akui sekarang ni kurang kemas kini akaun sosial media, tak banyak yang saya boleh komen melainkan saya inginkan kehidupan peribadi buat seketika. Ada benda yang boleh kongsi dan ada juga yang perlu disimpan sendiri buat masa ini.

“Boleh dikatakan sekarang ini sebagai tempoh bertenang, saya nak perhatikan dahulu bagaimana keadaan industri hiburan dari jauh. Malah sekarang makin ramai artis baru yang nak bina nama, apa salahnya bagi peluang kepada mereka,” kata Aiman Tino kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Rela Dibenci ini menjelaskan statusnya sebagai beberapa duta produk yang didakwa terjejas akibat kontroversi itu.

“Bab sponsorship itu Alhamdulillah semuanya masih baik seperti sedia kala, tiada pula penaja yang tarik diri seperti yang didakwa orang luar.

“Cuma yang terkesan mungkin dari segi pandangan serong terhadap saya, namun sedikit demi sedikit saya cuba dapatkan kembali kepercayaan daripada mereka,” tambahnya.

aiman tino


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi