suria

“Saya doakan Mawar jumpa suami terbaik” - Fizo Omar lebih tenang selepas tunai haji

PELAKON Fizo Omar memberitahu pengalaman menunaikan ibadah haji memberikan seribu satu makna kepada dirinya yang sedang dilanda ujian keruntuhan rumah tangga.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, berkata dia berdoa agar hubungannya dengan Mawar kekal baik biarpun bukan lagi sebagai suami isteri.

“Saya lalui pelbagai ujian dalam kehidupan dan rumah tangga, jadi saya doakan agar apa pun yang jadi antara saya dan Mawar biarlah anak kami iaitu Maryam jadi anak solehah dan bakal membimbing tangan ibu dan ayahnya ke syurga akhirat kelak.

“Saya juga doakan juga semoga Mawar jumpa suami terbaik dan begitu juga dgn saya, mungkin kami akan pasangan  lain selepas ini namun saya amat berharap agar silaturahim sebagai ibu bapa Maryam berkekalan sehingga akhir hayat,” kata Fizo kepada mStar.

Fizo Omar, Mawar


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi