suria

“Saya akan try hard jaga pemakaian” - Gelaran hajah buat Wany Hasrita lebih berhati-hati

PENYANYI Wany Hasrita berkata pengalaman mengerjakan ibadah haji baru-baru ini banyak mengubah dirinya ke arah yang lebih baik.

Jelas Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 27, perkara paling utama yang diberi perhatian ialah soal penampilan dan pemakaiannya.

“Alhamdulillah saya rasa makin tenang, kalau dulu saya ni sejenis yang cepat gelabah. Namun kini saya mahu jadi individu yang lebih tenang dan bijak menguruskan masalah.

“Selain itu soal pemakaian, saya sangat beri perhatian. Selepas balik haji ni saya try hard untuk jaga dengan sebaik mungkin (menutup aurat),” kata Wany kepada mStar.

wany hasrita


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi