suria

Chaleeda buat ‘PR move’ ke? “Malaysia rumah saya, Thailand sebenarnya jadi rumah kedua”

BEKAS peserta Big Stage musim kedua, Chaleeda memberitahu dia menganggap Malaysia sebagai rumahnya.

Chaleeda, 18, berkata kini Malaysia menjadi tempat tinggal utamanya dan bukan Thailand.

“Malaysia adalah tempat tinggal saya, dan Thailand adalah tempat tinggal kedua saya.

“Saya rasa seperti rumah. Semuanya saya suka, aman, orang disini baik-baik, ramai kawan dan keluarga di sini.” Ujurnya kepada mStar.

Penyanyi kelahiran Thailand ini juga mengemari masakan di Malaysia antaranya Maggi ayam, tom yam ayam dan 'garlic cheese naan'.

Chaleeda


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi