suria

“Saya order emas bukan benda bodoh ni!” - Putra Amaris diserang, dituduh tipu orang ramai

PELAKON Putra Amaris meluahkan rasa terkejut apabila menerima mesej peribadi (DM) di Intagram daripada ramai individu yang berang kerana mendakwa menjadi mangsa penipuan pelakon drama Andainya Takdir ini.

Amaris atau nama sebenarnya Muhammad Amran Ismail bagaimanapun menegaskan segala tuduhan yang dilemparkan adalah karut dan dia sama sekali tidak pernah menjalankan perniagaan emas seperti yang didakwa.

“MasyaAllah saya pun tak tahu nak cakap macam mana, tiba-tiba sahaja masuk banyak DM daripada beberapa individu yang meluahkan rasa marah kepada saya. Lebih mengarut apabila mendakwa saya menipu dalam perniagaan emas, bila masa pula saya jual emas?

“Saya syak ada orang lain menggunakan identiti saya untuk membuat kerja kotor ini, saya akan buat laporan polis selepas untuk mempertahankan diri dan menjaga keselamatan keluarga,” kata Amaris kepada mStar.

Amaris, 34, mendedahkan perkara tersebut melalui laman Instagram pada Khamis.

putra amaris


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi