suria

“Kenapa salahkan artis jual flavour vape?” - Shuib nasihat ibu bapa pantau, isu pelajar merokok dah lama berlaku

PELAWAK Shuib berkata golongan selebriti tidak seharusnya dipersalahkan sekiranya budaya menghisap rokok menggunakan e-rokok atau vape semakin berleluasa dalam kalangan generasi muda.

Kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 35, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam memantau aktiviti anak masing-masing.

“Kalau kita nak bercerita tentang penggunaan rokok elektronik ni, sebenarnya tiada beza dengan situasi tabiat merokok oleh individu bawah umur sejak sekian lama, mereka tetap akan meneruskan tabiat tersebut jika tiada pemantauan daripada ibu bapa.

“Cuma situasi yang sedang kecoh kini ialah selebriti digunakan sebagai duta untuk membuat promosi cecair rokok elektronik. Kesalahan cuba diletakkan di bahu kami walaupun larangan kepada individu bawah umur sudah jelas,” kata Shuib kepada mStar.

Shuib yang juga penyampai radio Hot Fm ini ditemui di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 32 (ABPBH32) pada Ahad.

shuib, vape


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi