suria

“Memang mengarut kerja bawa Grab” - Hady Mirza cuba macam-macam kerja untuk ‘survive’

MASIHKAH anda ingat Juara Singapore Idol musim kedua, Hady Mirza yang juga pernah menyandang gelaran Asian Idol pada 2007?

Hady atau nama sebenarnya Muhammad Mirzahady Amir yang sudah bertahun-tahun menyepi daripada industri seni suara berkata dia melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara keluarga termasuklah menjadi pemandu Grab.

“Bukannya saya merajuk dengan industri hiburan, mungkin saya kecewa dengan diri sendiri. Ketika saya masih belum matang. Saya gagal membawa bakat ke tahap lebih tinggi terutamanya ke pasaran Malaysia.

“Namun saya tak menyesal berhenti menyanyi ketika itu, saya mampu menyara keluarga dengan beberapa perniagaan di Johor Bahru. Saya juga pernah jadi pemandu Grab di Singapura namun tak bertahan lama.,” kata Hady kepada mStar.

hady mirza, gegar vaganza 6, gv6


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi