suria

“Selalu bertanya pada diri... adakah aku anak berguna?” - Tuju K-Clique pasang niat bawa keluarga tunai umrah

JIKA dahulu penyanyi rap yang sedang meningkat naik, Tuju daripada kumpulan K-Clique hanya bekerja sebagai pencuci kereta di sebuah car wash, dia kini mampu menarik nafas lega apabila mampu membantu meringankan ekonomi keluarga sejak bergelar artis rakaman.

Tuju turut menjelaskan dia dan tujuh orang lagi ahli kumpulan yang berasal daripada Sabah itu berhasrat untuk membawa ahli keluarga masing-masing menunaikan umrah menjelang hujung tahun ini.

“Alhamdulillah, itu sahaja yang saya mampu katakan. Sekarang ni mampu bantu keluarga, kalau dahulu hidup bersederhana. Malah saya buat pelbagai kerja termasuklah mencuci kereta untuk sara keluarga, tapi sekarang situasi dah berubah kerana mampu bantu keluarga yang berada jauh di Kota Kinabalu.

“Ekonomi kami memang dah jauh berubah sejak saya bergelar artis rakaman, malah saya dah tanam niat untuk membawa ibu bapa dan adik beradik untuk menunaikan ibadah umrah menjelang hujung tahun ini.

“Lebih menggembirakan, kesemua lapan ahli K-clique turut merancang perkara yang sama dan Insyaallah kami akan mengerjakan umrah secara serentak,” kata Tuju kepada mStar.

Penyanyi ini ditemui semasa majlis sidang media pelancaran lagu Adakah Engkau Menungguku hasil kolaborasinya bersama Naim Daniel.

tuju, kclique


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi