suria

Kes dadah Mamat eratkan hubungan Exists - “Sebelum ni mereka kurang rapat dengan saya”

BEKAS vokalis utama kumpulan Exists iaitu Mamat berkata isu dicekup polis kerana positif dadah tidak mematahkan semangatnya untuk terus beraksi dalam konsert Exists Reunion yang akan diadakan pada Sabtu.

Malah menurut Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 41, apa yang berlaku menjadikan mereka lebih akrab.

“Saya tak rasa kesal ataupun gusar tak dapat meneruskan konsert selepas isu penahanan tersebut kerana mendapat sokongan 100 peratus daripada anggota Exist.

“Sebelum ini mereka tak rapat dengan saya, namun semuanya berubah apabila ujian sebegini berlaku. Kami semakin akrab dan saya harap ia akan tetap bersinar demi nama Exists,” kata Mamat kepada mStar.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Rahsia Pohon Cemara ditahan polis pada 8 September lalu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kesalahan dadah ketika menunggang motosikal bersama rakannya di Johor Bahru.

Dia bagaimanapun dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis pada 10 September.

mamat exists


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi