suria

“Siapa tak suka dengan selebriti bermuka jambu?” - Alif Satar terjebak minat lagu K-Pop selepas isu diserang Army BTS

PENYANYI Alif Satar mempertahankan tindakannya menyebut lagu Boy With Love nyanyian asal kumpulan K-pop terkenal BTS dinyanyikan oleh lapan individu termasuk penampilan seorang penyanyi Amerika Syarikat (AS) iaitu Halsey .

Kejadian yang berlaku ketika mengacarakan program Big Stage musim kedua Ahad lalu bukan sesuatu yang perlu dibesarkan pihak peminat kumpulan itu.

Alif, 29, berkata, dia kemudia memuat naik foto dan penjelasan di media sosial berikutan menerima banyak maklum balas negatif daripada ahli kelab peminat tersebut.

“Ada peminat kumpulan BTS yang persoalkan tindakan saya menyebut lagu tersebut dinyanyikan oleh lapan individu, ada pula yang kata saya tak study apa yang ingin diperkatakan atas pentas. Jadi saya buat satu posting di Instagram meminta mereka semak balik berapa penyanyi keseluruhan lagu tersebut termasuklah penyanyi jemputan yang ditampilkan.

“Tak sangka pula berbalah sebegitu, tapi saya lega apabila ada juga antara antara mereka yang faham dan menyokong saya. Ia cuma laman sosial, jangan ambil terlalu berat,” kata Alif kepada mStar.

Pelakon drama Pia ini ditemui semasa majlis sidang media konsert amal Countless Blessing yang akan diadakan bersama kumpulan Raihan 2 November ini pada Khamis.

Sementara itu, Alif berkata, isu tersebut menyebabkan dia terjebak mendengar lagu-lagu K-pop.

“Sebenarnya saya akui kini terjebak mendengar lagu-lagu k-Pop selepas perkara itu terjadi dan kini saya faham mengapa golongan ini mempunyai rasa minat yang mendalam terhadap penyanyi idola mereka.

“Siapa je tak suka dengan selebriti bermuka jambu?,” tambah Alif.

alif satar, bts


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi