suria

“Ramai yang menderita secara senyap” - Diana Danielle saran pesakit mental cari medium luahkan perasaan

AKTRES Diana Danielle berkata masalah anxiety yang dialaminya memerlukan dia untuk mengenali diri sendiri dan mencari medium untuk meluahkan perasaan.

Menurut Diana, masalah mental itu bukan sahaja dialami oleh golongan selebriti, malah ramai orang biasa turut berdepan dengan masalah itu sama ada disedari atau tidak.

“Bagi saya, ramai orang di luar sana menderita secara diam dan kita sebagai selebriti patutnya menjadi perantara untuk mereka yang menghadapi penyakit ini.

“Dalam masa yang sama, ramai yang mengambil kesempatan terhadap perkataan despresi, anxiety, panic attack dan mereka menggunakan terma ini sewenang-wenangnya dan ia tidak adil bagi individu yang betul-betul menghidapi penyakit ini,“ ujarnya kepada mStar

Diana Danielle


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi