PENYANYI Tuah Adzmi berkata, kisah cinta tidak kesampaian antara dia dengan seorang penyanyi wanita akan dikongsikan dalam sebuah lagu.
Tuah, 21, bagaimanapun berkata, peristiwa putus cinta itu memberi kesan yang mendalam buat dirinya.
“Biasalah orang muda nak juga rasa bercinta. Tapi bagus juga sebenarnya, boleh la saya buat lagu tentang kisah putus cinta lepas ni.
“Tapi tipulah kalau tiada rasa kecil hati dan terkilan, tambahan lagi saya mudah terasa. Biasalah nak dimanjakan,” kata Tuah kepada mStar.