suria

“Korang nak fikir apa pun saya tiada masalah” - Hady Mirza

PENYANYI Hady Mirza berkata dia enggan berasa terlalu selesa dengan pujian ramai termasuk cakap-cakap kononnya dia merupakan antara peserta yang layak ke pusingan akhir Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

Malah Hady atau nama sebenarnya Muhammad Mirzahady Amir, 39, menjelaskan dia enggan dibayangi rasa selesa kerana terdapat pelbagai cabaran lain yang perlu ditempuhi untuk terus bertahan sehingga minggu akhir.

“Masih terlalu awal, baru sahaja habis minggu ketiga. Peserta lain pun bukan calang-calang penyanyi, jadi saya cuba menganggap setiap persembahan saya sebagai show biasa.

“Jadi saya akan berasa lebih enjoy tanpa sebarang tekanan. Terpulang kepada peminat untuk meletakkan sebarang harapan namun yang penting mereka semua terhibur,” kata Hady kepada mStar.

hady mirza gegar vaganza


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi