suria

Seruan untuk artis, jangan buat main gimik ‘depression’ - “Ramai yang tak ambil serius”

DUNIA hiburan kebelakangan ini hangat memperkatakan mengenai isu depresi sehingga membawa kepada beberapa kes kematian golongan selebriti antarabangsa.

Malah isu depresi atau pelbagai penyakit berkaitan kesihatan mental lain turut dilaporkan berlaku dalam kalangan selebriti tempatan seperti penyanyi Zynakal yang disahkan menghidap Bipolar Mania.

Tapi timbul persoalan mengenai beberapa selebriti yang dilihat dengan sengaja menjadikan isu masalah kesihatan mental selepas dikecam netizen di media sosial sebagai strategi marketing.

Kegagalan menggunakan platform media sosial dengan baik terbukti menjerumuskan golongan itu kepada masalah tekanan perasaan.

Kenot Brain minggu ini membincangkan topik masalah kesihatan mental dalam kalangan selebriti tempatan.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi