suria

Dapat pujian lagi, Tok Ram samakan ‘show’ Naqiu Boboy macam ‘nasi ayam’

PENYANYI Naqiu Boboy berkata pujian yang diberikan juri saban minggu merupakan satu beban dan cabaran agar dia terus melakukan yang terbaik ketika beraksi di pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

Bagi persembahan minggu ketiga pada Ahad, Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib dikatakan menyanyi seperti 'nasi ayam' oleh juri tetap iaitu Datul Ramli MS.

“Saya langsung tidak rasa seperti berada di awang-awangan apabila dapat pujian melambung daripada Tok Ram dan juri lain. Malah ia sebenarnya bebanan yang makin bertambah untuk persembahan minggu akan datang.

“Saya dah kena fikir untuk bawakan satu persembahan yang berbeza minggu depan, setiap minggu adalah final bagi saya jadi tiada istilah untuk saya bertenang dan merasa selesa,” kata Naqiu kepada mStar.

naqiu boboy


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi