suria

Pelakon wajah Pan-Asia dah tak laku? Josiah Hogan kata tunggu tiba masa sesuai

PELAKON berwajah Pan-Asia, Josiah Hogan mengakui pasaran hiburan masa kini kurang meminati pelakon berwajah darah campuran sepertinya.

Josiah atau nama sebenarnya Josiah Padilla Hogan, 33, juga berkata dia tidak mampu memaksa penonton untuk meminati pelakon sepertinya biarpun wajah kacak memberi sedikit kelebihan dalam kariernya.

“Perkara seperti ini tidak boleh dipaksa, tak boleh minta penonton untuk meminati saya hanya kerana mempunyai wajah kacukan.

“Saya akui ia memberi sedikit kelebihan untuk bersaing dengan pelakon lain namun bakat dan jalan cerita yang bagus menjadi penanda aras utama dalam mengangkat nama seseorang pelakon itu,” kata Josiah kepada mStar.

josiah hogan


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi