suria

“Rumah tangga lebih seronok bila suami sokong kerjaya seni” - Raja Ilya bawa suami ceburi bidang lakonan

BENARLAH kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu. Niat suami pelakon Raja Ilya iaitu Trent Garret yang ingin menemani isterinya menghadiri sesi ujibakat sebuah program bersiri di Australia berubah apabila ahli perniagaan itu menerima tawaran tersebut.

Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkata, khabar gembira itu bermula selepas suaminya mengikuti kelas lakonan yang sama.

“Suami saya sebenarnya seorang ahli perniagaan, namun minatnya terhadap dunia hiburan semakin mendalam selepas kami mendirikan rumah tangga tahun lalu. Saya mula perasan dia ada bakat lakonan selepas dia bawa watak sokongan dalam sebuah telefilem yang saya terbitkan.

“Tapi tak sangka sesi ujibakat yang kami hadiri bersama-sama untuk program tv bersiri sebuah stesen terkenal di Australia mengubah segalanya, suami pula yang dapat tawaran.

“Selain itu, kami membuat keputusan untuk mendaftar dengan agensi perfileman di sana dan nama kami berdua telah dihantar ke Hollywood untuk sesi ujibakat,” kata Raja Ilya kepada mStar.

raja ilya


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi