suria

“Rumah tangga semakin baik, perlu banyak muhasabah diri” - Mia Ahmad sudah ‘move on’ dengan isu suami curang

MESKIPUN pernah berdepan kontroversi pergolakan rumah tangga, pelakon Mia Ahmad berkata, dia menganggap perkara buruk yang terjadi itu mempunyai hikmah dan pengajaran tersendiri.

Bagaimanapun, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 31, berkata, dia enggan bercakap soal curang kerana sudah 'move on' dan ingin membuka lembaran baharu dalam hidupnya terutama selepas bergelar ibu.

"Saya dan suami alhamdulillah, kami okey dan baik sahaja dan saya bersyukur. Sebenarnya saya dah tak mahu cakap mengenai benda yang dah lepas sebab saya dah move on.

"Cuma apa yang saya boleh katakan, jika kita ditimpa satu-satu musibah tu, kita kena banyak muhasabah diri. Mungkin nampak perkara sebegitu tak baik untuk kita, rasa macam kenapa benda macam ini jadi dekat kita... tapi sebenarnya itulah yang terbaik kerana ia perkara yang boleh ajar kita.

"Paling penting, banyakkan muhasabah diri, sabar dan Insyallah serahkan segalanya pada yang berkuasa," ujarnya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, aktres drama Sara Kirana ini berkata, dia mahu berehat dari melakukan sebarang aktiviti lakonan buat sementara waktu kerana hanya mahu fokus terhadap anak pertamanya, Saif Issa, berusia 13 bulan yang masih menyusu badan.

Kata Mia, dia bagaimanapun akan mempertimbangkan semula tawaran untuk berlakon selepas anaknya itu berusia dua tahun lebih.

"Buat masa ini saya mahu berehat dahulu kerana sekarang ini saya hanya nak fokus dengan anak yang baru saja berusia 13 bulan itu... anak pun sebahagian daripada rezeki, jadi terpaksa berkorban dahulu.

"Saya akan tunggu dia besar sikit... mungkin dalam tahun depan baru saya boleh mula shooting balik.

"Lagipun anak saya sejenis yang agak 'melekat' dengan saya kerana dia masih menyusu badan. Nak bergerak ke sana sini pun agak susah inikan pula nak shooting," ujarnya.

Mia Ahmad


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi