suria

“Sosial media bukan segala-galanya” - Ungku Ismail lebih senang bersosial di ‘real life’

PELAKON Ungku Ismail Aziz tidak memberi keutamaan kepada media sosial seperti yang dilakukan kebanyakan selebriti.

Ungku, 34, berpendapat, laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter hanya digunakan untuk mempromosi drama yang dilakonkannya.

Malah, Ungku berkata, bagi kekal relevan dalam industri, dia lebih suka cara lama iaitu bersemuka di kehidupan sebenar.

“Kalau awak follow saya di Instagram, tengok follower saya 300,000 lebih sahaja sebab saya tidak berapa kisah dengan sosial media.

“Sosial media itu untuk market kami saja, tapi ia bukan segala-galanya sebab yang paling penting adalah bagaimana kita berhubung dan berdamping dengan orang in real life,”ujarnya kepada mStar.

Ungku bakal tampil sebagai pelakon utama menerusi drama Adellea Sofea bergandingan bersama Mira Filzah yang akan ditayangkan menerusi slot Akasia Disember akan datang.

Ungku Ismail


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi