suria

“Cara kerja berbeza, komunikasi macam ayam dan itik” - Tiz Zaqyah kongsi pengalaman ‘shooting’ di Pakistan

HEROIN drama Sara Sajeeda, Tiz Zaqyah berkongsi pengalaman dan cabaran sepanjang menjalani penggambaran drama itu selama sebulan di Pakistan.

Tambah Tiz, 31, mereka mengalami masalah komunikasi kerana pihak produksi dari negara itu kurang mahir berbahasa Inggeris.

“Kami bercakap macam ayam dan itik, suruh letak kamera kat satu tempat mereka bawa ke tempat lain.

“Mereka juga mula bekerja selepas tengah hari, cara kerja mereka sangat santai sedangkan kita dari Malaysia nak ni cepat,”ujarnya kepada mStar.

Drama Sara Sajeeda ditayangkan menerusi slot Samarinda, Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

Tiz Zaqyah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi