suria

Santesh main kasar atas pentas? Ini sebenarnya punca Ayda Jebat terpelecok masa ASK 2019

PENYANYI Ayda Jebat mengakui masih menanggung malu tatkala menonton kembali rakaman dia terpelecok ketika membuat persembahan di pentas Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) baru-baru ini.

Kata Ayda, 27, aksi berkenaan bukan gimik yang sengaja dirancang bagi menarik perhatian penonton.

“Kejadian tersebut berlaku di luar jangkaan, bukannya 'temberang' atau rancangan untuk menarik perhatian. Kalau boleh saya pun tak nak hingga mencacatkan persembahan.

“Sebenarnya kasut saya tersangkut pada hujung seluar, memang beria ketika itu kerana persembahan sudah sampai ke penghujung. Namun tiba-tiba pula terjatuh, sumpah rasa malu ketika itu,” kata Ayda kepada mStar.

ayda jebat


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi