suria

Isma Sane mula rimas, hidup dikongkong - “Orang sekeliling bandingkan saya, suruh jadi macam artis lain”

PENYANYI Isma Sane berkata dia berhadapan tekanan apabila diminta untuk 'meniru' gaya artis lain jika ingin berjaya dalam industri muzik.

Kata Isma, 21, lebih menyedihkan apabila orang di sekeliling cuba membandingkannya dengan rakan penyanyi yang lebih popular.

“Memang tertekan, namun tidaklah sampai 'koyak' (teruk), orang terdekat letakkan harapan yang besar terhadap karier nyanyian sedangkan saya tahu di mana tahap kemampuan diri.

“Saya juga dibandingkan dengan selebriti lain malah diminta untuk mengikut jejak mereka. Tapi diakui saya sendiri masih mencari identiti sendiri,” kata Isma kepada mStar.

isma sane


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi