PENYANYI Shalma Eliana menjelaskan teman lelakinya yang juga penyanyi terkenal, Ismail Izzani yang menghidapi penyakit Influenza A sudah dibenarkan pulang selepas beberapa hari mendapatkan rawatan di hospital sejak Khamis lalu.
Shalma, 19, bagaimanapun berkata Ismail masih lagi mengalami batuk-batuk dan perlu banyak berehat supaya dapat pulih sepenuhnya.
“Ismail Izzani baru sahaja dibenarkan keluar daripada hospital, namun masih mengalami batuk-batuk dan perlu mengambil ubat secara berterusan supaya sembuh sepenuhnya.
"Mungkin sekarang ni musim sakit, tambahan pula dia kurang minum air,” kata Shalma kepada mStar.