suria

“Orang kata saya tiru lagu Andi Bernadee... biarlah!” - Afieq Shazwan

PENYANYI Afieq Shazwan menjelaskan dia sedar single terbarunya berjudul Lelaki Di Telefon bakal menjadi mangsa perbandingan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan Andi Bernadee.

Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan Zamros, 22, berkata, dia terlebih dahulu berkongsi idea lagu itu dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Satu peluang itu.

“Kalau nak di ikutkan semua lagu bergenre reggaeton mempunyai rentak yang hampir sama, yang berbeza mungkin tempo. Lagu-lagu Andi mungkin lebih santai manakala lagu saya sedikit rancak.

“Dari awal lagi saya dah bersedia kalau dibandingkan dengan Andi, tipulah kalau tak rasa down peminat asyik kata saya tiru Andi. Tapi mereka tak tahu sebenarnya dialah antara orang pertama tahu tentang single terbaru saya ini,” kata Afieq kepada mStar.

afieq shazwan


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi