suria

“Aku tak akan ambil, anggap itu bukan rezeki” - Joey Daud tak layan produksi tawar harga ‘ciput’

PELAKON dan pelawak Joey Daud mengakui tidak terlepas daripada menjadi mangsa pihak produksi yang cenderung meletakkan tawaran harga rendah kepada artis senior.

Menurut Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, realitinya artis muda yang dianggap sedang 'in' dalam pasaran menerima layanan yang lebih baik walaupun ada antara mereka yang bakatnya sering dipertikaikan.

“Tipulah kalau tak pernah menjadi mangsa dianaktirikan dari segi bayaran, sebenarnya memang sering berlaku pun. Industri hiburan kita ni lebih cenderung ke arah wajah-wajah yang sedang 'in'.

“Tapi dalam masa sama pelakon lama perlu pintar membuat keputusan dalam 'menjual' diri, pandai-pandai pasarkan diri dan mencari ruang serta peluang.

“Ia sekaligus mengingatkan kepada industri yang golongan artis lama ini masih wujud. Takkan kita nak merayu dan meminta sedekah pula?,” kata Joey kepada mStar.

joey daud


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi