suria

“Orang-orang macam tu adalah bahan hiburan saya!” - Sham Visa tak melenting layan ‘haters’

PENYANYI Sham Visa mengakui tidak mampu memuaskan hati semua pihak selepas dia kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Terbaharu Sham atau nama sebenar Roshiham Hashim, 47, berkata Instagram kelab peminatnya menjadi mangsa godam pihak tidak bertanggungjawab.

Namun menurut Sham, dia melihat isu ini daripada sudut positif dan tidak mempedulikan 'haters' di luar sana.

“Ada yang tak suka apabila orang lain berjaya, tapi saya ambil benda itu sebagai satu perkara yang sangat positif.

“Kita tidak mampu puaskan hati semua, setiap orang ada rezeki masing-masing. Rezeki datang daripada Allah, bukan daripada kamu!” ujarnya kepada mStar.

Pada Ahad lalu, Sham Visa mendapat tempat keenam dalam Gegar Vaganza menerima hadiah kemenangan RM10,000 beserta trofi.

Sham Visa, Gegar Vaganza


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi