suria

“Dah jangka akan tersingkir, saya tak hebat” - Wann

PESERTA program Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Wann, yang tersingkir pada minggu separuh akhir itu sudah menjangka tidak akan terpilih ke final sejak awal lagi.

Wann atau nama sebenarnya Wan Rashidah Meor Abdul Rashid, 49, juga mengakui tidak mempunyai bakat versatil seperti yang dipersoalkan juri tetap, Hetty Koes Endang.

“Saya memang dah jangka akan tersingkir apabila Bunda Hetty mempersoalkan kehebatan saya untuk bertanding di peringkat akhir, namun saya akui tidaklah mempunyai bakat luar biasa seperti peserta lain.

“Malah sebagai penyanyi yang sudah lama berkecimpung dalam bidang nyanyian, saya dapat rasakan persembahan peserta lain jauh lebih baik malah dapat memberi kepelbagaian yang di inginkan juri,” kata Wann kepada mStar.

wann, gv6


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi