suria

Tajul tiada hal berjaga malam, dodoi anak sambil main PUBG

PENYANYI Tajul yang baru sahaja bergelar bapa beberapa minggu lalu tidak dapat menggambarkan perasaan terujanya apabila menimang cahaya mata yang diberi nama Adriana Carissa.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md. Shari, 21, bagaimanapun berkata dia masih kekok dalam menguruskan anak perempuannya itu yang kini baru berusia sebulan.

“Seronok bila dah bergelar bapa ni, sebelum ni hanya tengok abang dan kakak menimang cahaya mata. Macam tak percaya kini giliran saya pula merasa pengalaman baru ini.

“Namun saya masih kekok dalam menguruskan anak tambahan lagi ketika memandikannya. Biasalah Adriana masih lagi kecil fizikalnya masih lembut, saya sedikit risau jika menyebabkanya terseliah,” kata Tajul kepada mStar.

tajul


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi