suria

Usia 37 bukan halangan Arja Lee lincah di pentas - “Tapi saya sangat nervous!”

PELAKON Arja Lee berkata dia gagal melawan perasaan gementar semasa berada di atas pentas ketika minggu pertama program Dansa Dan Sing Ahad lalu.

Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 37, berkata keadaan makin bercelaru apabila pada awalnya dia gagal menghafal lagu Donde sehinggalah terpaksa bertemu penyanyi asal lagu tersebut iaitu Andi Bernadee.

“Sebenarnya kalau difikirkan semula di usia saya ni sepatutnya tak perlu lagi nak masuk program reliti sebegini, tapi saya terima rezeki ini dan harap bakat sebagai penghibur dapat dicungkil lebih dalam.

“Namun menyertai program sebegini bukanlah mudah, saya tak tidur malam beberapa hari kerana gagal menghafal lirik lagu Donde. Malah saya sendiri mengambil inisiatif bertemu Andi Bernadee untuk berkongsi masalah yang dihadapi,” kata Arja kepada mStar.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi