suria

Piano merah timbul tanda tanya, Allahyarham Lok U sepatutnya sertai Sophia Liana dalam Dansa Dan Sing

PENYANYI Sophia Liana berkata persembahannya dalam program Dansa Dan Sing minggu keempat sepatutnya diserikan dengan kemunculan pemuzik terkenal Allahyarham Faizal Uzir atau Lok U yang meninggal dunia pada Rabu lalu.

Menurut Sophiatul Liana Mohamed Sobri, 30, berita pemergian Lok U benar-benar memberi kesan mendalam terhadapnya kerana perancangan mereka untuk bekerjasama tidak kesampaian.

Namun Sophia yang juga ahli trio De Fam memberi penghormatan kepada arwah Lok U dengan meletakkan sebuah piano berwarna merah di atas pentas semasa membawakan lagu Kau Yang Punya.

“Saya tak boleh nak digest selepas mendapat berita Allahyarham Lok U sudah meninggal dunia pada pagi Rabu lalu. Seperti tak percaya kerana dia ada membalas mesej kepada pengurus saya sebelum dia pergi joging.

“Memang saya nak sangat bekerjasama dengannya untuk persembahan minggu ini, namun ia tidak kesampaian,” kata Sophia kepada mStar.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi